DUA6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
NAMA PENSYARAH : SAIFUL NIZAM BIN MUKHTAR
NAMA
|
NO.PENDAFTARAN
|
NURUL AIN BINTI HASSAN
|
02DTK14F1034
|
NURUL SYAFIQAH BINTI NOH
|
02DTK14F1079
|
SITI NURNABISHAH BINTI SAMSOR
|
02DTK14F1061
|
NORAINA AQILAH BINTI NORDIN
|
02DTK14F1091
|
PENGENALAN
Hiburan ialah peristiwa, persembahan, atau
kegiatan yang direka bentuk untuk memberi nikmat kepada penonton, walaupun
contohnya untuk permainan komputer, "penonton" mungkin hanya seorang
sahaja. Para penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera, atau secara aktif seperti dalam permainan
komputer.Industri yang
membekalkan hiburan digelarkan industri hiburan.
“Dan (ingatlah) Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu.”
Maka menjadi tanggungjawab kita
untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di
dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT.
Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang
berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang
negatif tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat
untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan
nilai-nilai murni kemanusian serta agama.
Justeru kita lihat,
keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan negara kini
semakin meningkat. Gejala sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awan
terjejas, kesejahteraan umat juga tidak terkawal. Secara terperincinya,
pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak
dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal
ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita
hari ini.
PUNCA
BERLAKU HIBURAN MELAMPAU
Keruntuhan akhlak
remaja zaman ini boleh berpunca daripada salahnya cara ibu bapa mendidik mereka
daripada kecil. Jika dibesarkan dengan kurang perhatian dan kasih sayang,
anak-anak akan terbiar. Mereka lebih selesa membuat hal sendiri. Jika dengan
kekerasan, anak-anak akan suka menipu dan memberontak. Oleh itu, mereka akan
mencari rakan untuk meluahkan atau mencari hiburan bagi melepaskan tekanan yang
diterima dari pihak keluarga. Bentuk-bentuk hiburan yang menjadi kegemaran
remaja sekarang adalah bermain permainan video, melayari internet, bersosial
seperti melepak, merempit dan lain-lain. Yang paling ketara, remaja zaman
sekarang tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit. Bagi mereka, telefon
bimbit seperti nyawa mereka. Yang merisaukan adalah cara penggunaan gadjet.
Daripada penggunaan telefon bimbit dan internet yang berterusan, mereka
terdedah dengan perkongsian lucah dan benda yang tidak senonoh. Terdapat banyak
aplikasi masa kini yang memberi pautan dan laman web tidak elok. Akibat
daripada penyalahgunaan gadjet ini, remaja yang teransang dengan fikiran yang
tidak senonoh dan perangai yang kurang menghormati orang lain terutama wanita.
Fikiran yang kotor boleh membawa mereka kepada hubungan kaum sejenis, rogol dan
liwat.
Remaja penuh dengan sifat ingin tahu dan suka mencuba benda baru. Kebanyakkan remaja lebih suka berkongsi dengan kawan sama umur atau yang memahami keadaan diri mereka. Akan tetapi, jika salah memilih rakan, ia juga boleh membawa padah. Kawan yang mempunyai aura negatif, boleh menyebabkan terjerumusnya kepada dadah, arak dan lain-lain. Kes seperti ini sering terjadi dikalangan remaja yang belajar jauh dari keluarga dan tidak biasa dengan suasana baru. Ini boleh menyebabkan remaja-remaja mengalami kejutan budaya di tempat baru. Bila remaja-remaja ini sudah terjebak, mereka berasa seronok. Mereka menggunakan alasan bahawa jauh dari keluarga dan kawan adalah teman untuk berseronok. Tambahan pula, berkenalan dengan berlainan jantina juga adalah salah satu hiburan buat remaja zaman sekarang. Budaya bercouple makin berleluasa dikalangan remaja bagi menghilangkan sunyi dan membuat teman keluar. Melihat rakan mempunyai pasangan, kita pun ingin mencuba. Budaya seperti ini boleh membawa kepada zina. Daripada budaya ini, kita banyak mendengar kes-kes pembuangan bayi di media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik.

KESAN
Dalam kajian kami mencari kesan tiada ksan baik yang kami temui antara kesan yang kurang baik ialah :
1. Sikap pentingkan kemewahan.
2. Peningkatan kes jenayah.
3. Keruntuhan akhlak dalam golongan remaja.
4. Terapan nilai nilai negatif.
5. Menggagalkan usaha remaja menjadi golongan yang manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi
6. Meningkatkan gejala sosial dalam kalangan remaja dan belia
7. Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.
8.Menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan.
9. Golongan remaja dan belia semakin jauh dari pada nilai-nilaikeagamaan.
10. Maruah keluarga tergadai
CARA MENGATASI
1.
Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan
orang yang arif tentang agama.
2.
Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian,
pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap
anak-anak mereka.
3.
Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada
kebaikan dan positif.
4.
Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak institusi perlu dipergiatkan dalam
mendisiplinkan pelajar-pelajar.
5.
Remaja seharusnya mendengar muzik dan mengunakan media sosial ke arah kebaikan.
6.
Media massa seharusnya mengiklankan kempen atau rancangan yang boleh
menghidupkan jiwa dan rohani.
PENUTUP
Kesimpulannya,
semua pihak perlu memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan masalah
hiburan melampau dari terus berleluasa. Ibu bapa juga perlu memberikan
penekanan dalam aspek keagamaan untuk mendidik anak-anak supaya tidak terus
terjerumus dalam hiburan melampau. Ibu bapa juga harus memberikan kasih sayang
yang secukupnya agar anak-anak tidak terasa disisihkan.